Benarkah Ikan puyu boleh halau hantu, makhluk halus?

0
1

PERNAHKAH mendengar orang tua-tua berpesan kebaikan membela Ikan Puyu di rumah?

Katanya, ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus. Selain itu, ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah.

Cuma persoalan yang ramai ingin tahu, apakah signifikan antara hantu, makhluk halus dengan Ikan Puyu? Kenapa makhluk halus begitu takut sangat terhadap Ikan Puyu.

Kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan Puyu, “Ikan Puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan”. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.

Keupayaan Ikan Puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar.

Ramai membela Ikan Puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau.

Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.

Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah.

Namun, harus diingat setiap ciptaa-Nya ada kelebihan dan ketentuan Allah SWT.

Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!

Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin.

Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kekebalan makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.

Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu.

Begitupun, ada juga yang menjadikan ikan puyu sebagai objek untuk menyantau orang lain.

Bagaimanapun, Ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah.

Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua.

Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak.

Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui. Sebaik-baik pendinding adalah ayat-ayat Allah, dan jika jiwa kita tenang, Allah pasti melindungi kita dari musibah ilmu hitam dan gangguan syaitan.

Justeru, janganlah kita mensyirikkan Allah dengan melebihkan ikan Puyu daripada memuji keagungan Allah SWT yang mencipta Ikan Puyu.
-Malaysiapost

Kredit: Geng Borak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here