Melaka Tengah hadapi gangguan air 30 jam mulai esok

0
2

KAWASAN Melaka Tengah bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 30 jam bermula esok. 

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam kenyataannya berkata, gangguan bermula jam 10 pagi esok sehingga 4 petang 20 Januari berikutan kerja sambungan paip 1200mm ke paip sedia ada bersaiz 900mm yang akan dilaksanakan di Jalan Sidang Haji Rahim Parit Cina Semabok. 

Kerja-kerja itu bagi menaik taraf bekalan air dari Loji Air Merlimau ke kawasan Bandar Melaka. 

Inisiatif projek itu sebagai antara langkah SAMB memastikan bekalan air yang disalurkan ke Bandar Melaka mencukupi ketika permintaan tinggi, selaras pembangunan persisiran pantai negeri Melaka. 

“Kawasan terbabit termasuk Semabok Luar, Semabok Dalam, Melaka Raya, Kampung Atap dan Pertam Jaya, Seluruh Kawasan Padang Temu, Seluruh Kawasan Ujong Pasir dan sekitar. 

“Turut terbabit kawasan pangsapuri Tengkera Jaya, Flat Pantai Peringgit, Flat Siantan Kampung Lapan, Flat Ujung Pasir, Pangsapuri Parameswara Bandar Hilir, sekitar Banda Hilir, Kota Laksamana dan beberapa kawasan lain,” katanya. 

SAMB meminta pengguna untuk merujuk Facebook Rasmi SAMB dan semua saluran media sosial SAMB untuk mengetahui maklumat lanjut selain penduduk dinasihatkan menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here