MENANTU kepada Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tan Sri Noh Omar disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menerusi hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan Noh melakukan ujian swab Covid-19 di rumahnya.
Turut kelihatan gambar dua cucunya yang melakukan ujian tersebut.
Menurut Noh, menantu lelakinya yang dikenali sebagai Hisham tinggal serumah dengannya.

“Tanpa diduga Hisham menantu saya positif Covid-19… Kami tinggal serumah, pagi ini saya sekeluarga telah menjalani Covid test.
“Mohon sahabat-sahabat dapat kiranya mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan,” katanya. – Malaysiapost

