Pakar perubatan cadang PKPD

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

TIADA keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, sebaliknya memperketat dan memperkemaskan semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengekang penularan Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pelaksanaan secara lokalti iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilihat lebih berkesan dalam menangani kes pandemik yang meningkat ketika ini.

Katanya, walaupun PKP sudah dilaksanakan namun kelonggaran merentas dilihat masih berlaku berbanding sewaktu pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

“Tak perlu PKP sampai satu negara. Kita perketat sahaja yang sedia ada. Kita ambil contoh ketika ini, di Selangor PKP tetapi di Negeri Sembilan pula PKP Bersyarat (PKPB) orang masih boleh merentas atas faktor kerja. Itulah masalahnya ada kelonggaran.

“Kalau buat PKP satu negara macam mana dengan Perlis dan Terengganu? sepatutnya perkemas yang sedia ada seperti di Kelantan, kenal pasti kes lokalti tempatan.. macam Gua Musang misalnya situ sahaja perlu dikenakan PKPD, Negeri Sembilan mungkin di Seremban jadi kawasan berkenaan sahaja yang perlu diperketatkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wajar atau tidak pelaksanaan PKP seluruh negara susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata sukar untuk memastikan tiada langsung kes di negara ini dan ia pastinya mengambil satu tempoh masa yang cukup lama.

“Kita perlukan masa yang panjang, nanti bila dah ok kita buka balik (rentas negeri) jadi semula. Jadi kita perlu lebih teliti.

“Sekarang ini masih ada kelonggaran… ada yang masih bergotong royong, berhimpun, buat kenduri mungkin polisi yang ada ketika ini tidak jelas,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan kaedah terbaik ketika ini adalah PKPD mengikut lokalti yang dilihat berkesan bagi menangani penularan Covid-19.

“Bagi mereka yang bekerja kerajaan perlu memikirkan kaedah bagi golongan yang perlu merentas antaranya dengan menjalani ujian saringan, pastikan perjalanan mereka terus ke tempat kerja ini perlu difikirkan.

“Jika pemantauan dijalankan dengan betul, ia boleh diatasi,” katanya yang turut menyarankan majikan juga perlu lebih peka dengan tidak seharusnya menggalakan ramai pekerja masuk ke tempat kerja.-Maklaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here