10 lagi kluster baharu hari ini

0
3

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 10 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini dan jumlah kluster aktif yang sedang dipantau adalah sebanyak 292 kluster.

KKM menerusi kenyataan harian berkata, 10 kluster baharu tersebut berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Pahang, Johor dan Melaka.

KLUSTER JALAN PANDAN INDAH (SELANGOR)

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula 17 Januari lalu hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 77 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DTI SEPANG 2 (SELANGOR)

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sepang dan kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Januari lalu hasil saringan tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen yang terletak di Jalan Pekeliling 4, Sepang.

Sehingga hari ini, seramai 238 individu telah disaring, di mana 80 kes telah dikesan positif Covid-19.

KLUSTER TAMAN IKAN JINAK (SABAH)

Kluster berkaitan majlis hari keluarga ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Belud.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138292) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu hasil saringan indvidu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis berkenaan yang telah diadakan di Taman Ikan Jinak Melangkap Tiong, Kota Belud.

Sehingga hari ini, seramai 46 individu telah disaring dan 21 kes dikesan positif Covid-19.

KLUSTER JALAN MAWILA (SABAH)

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu apabila kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-142805) merupakan anggota tentera di Wisma Pelayaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Jalan Mawila di Kota Kinabalu.

Individu terbabit dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Januari lalu hasil saringan sebelum rentas negeri dan sehingga hari ini, seramai 130 individu telah disaring dengan 15 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PERAK (JOHOR)

Kluster tempat kerja yang melibatkan daerah Johor Bahru dan kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula 31 Disember tahun lalau hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Perak 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

Seramai 504 individu telah disaring sehingga hari ini, di mana 35 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MENERUNG (KUALA LUMPUR)

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan kes telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Januari lalu hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pengawal keselamatan di Apartment One Menerung, Jalan Menerung di Bangsar.

Sehingga hari ini, sejumlah 26 individu telah disaring dan 23 daripadanya positif Covid-19.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN YAP (KUALA LUMPUR)

Kluster tempat kerja yang melibatkan daerah Titiwangsa apabila mula dilaporkan positif Covid-19 hari ini hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru.

Seramai 47 individu telah disaring, manakala 21 kes telah dikesan positif Covid-19.

KLUSTER RANTAU LADA (PAHANG)

Kluster ini melibatkan daerah Temerloh dan Maran. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133326) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Selangor.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman keluarga kes indeks iaitu di Kampung Bukit Lada, Temerloh.

Sehingga hari ini, seramai 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif Covid-19.

KLUSTER PANTAI PERINGGIT (MELAKA)

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin dengan kes indeks (iaitu kes ke-137894) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Januari lalu hasil saringan indvidu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada tempat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Solok Pantai Peringgit, Peringgit.

Seramai 128 individu telah disaring dan 24 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MOHAMMED SALLEH (LABUAN)

Kluster tempat kerja ini dengan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154823) telah dilaporkan positif Covid-19 semalam hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Institut Latihan Perindustrian Labuan.

Sehingga hari ini, 12 kes dikesan positif Covid-19 daripada 423 individu yang telah disaring. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here