Dewan Pagoh : Salahuddin Ayub masih tak puas hati

0
2

TIMBALAN Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub gesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kebijaksanaannya dalam isu pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

“Bukan menjadi keutamaan untuk membina tiga dewan (Dewan) di Pagoh pada saat genting ini.

“Terlalu banyak rakyat di luar sana yang hidup dari tangan ke mulut. Sila fikirkan perkara ini, Tuan PM,” ciapnya di twitter.

Sebelum itu, menerusi ciapan di Twitter, Salahuddin telah mempersoalkan pembinaan dewan tersebut yang didakwa dilaksanakan secara rundingan terus.

“Khabarnya, ‘direct nego’ untuk bina dewan orang ramai RM35 juta. Kalau benar inilah bala darurat. Nak soal kat mana? Pintu parlimen dikunci.

“Sembang di kedai mamak pintu penjara terbuka. Nak bergayut di pagar istana apa kan daya. 35 juta untuk belanja rakyat masa covid ni kan bagus,” katanya.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menjelaskan pembinaan dewan tersebut bernilai RM35.43 juta adalah untuk pembinaan tiga dewan orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here