Sony Store The Curve tutup, kakitangan positif Covid-19

0
3

SONY Malaysia mengesahkan seorang kakitangannya yang berkerja di Kedai Sony, di pusat membeli-belah The Curve, Petaling Jaya positif Covid-19.

Pekerja berkenaan telah menjalani ujian saringan pada 11 Januari lalu.

Syarikat itu kemudiannya dimaklumkan pada 13 Januari lalu bahawa kakitangan tersebut positif.

Menurut kenyataan Sony Malaysia, pada masa ini syarikat akan memberikan sokongan dan bimbingan kepada pekerja terbabit serta keluarganya yang melalui masa sukar ini.

Katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, Sony Store, The Curve ditutup pada 12 Januari 2021 sehingga pemberitahuan kelak untuk pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh.

“Semua pekerja di kedai telah menjalani pemeriksaan swab test dan mereka dikuarantin serta menunggu hasil dari keputusan itu.

“Pekerja itu bekerja pada 7 Januari lalu, namun sebelum itu, dia tidak menunjukkan sebarang gejala ketika bekerja di kedai dan juga menjalani pemeriksaan suhu dua kali sehari,” katanya menerusi Facebook.

Menurut kenyataan itu, keutamaan utama mereka adalah memastikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan pelanggan.

“Syarikat akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari kontak rapat antara pekerja, pelanggan dan orang lain yang mungkin bersentuhan engan pekerja yang dijangkiti tersebut,” katanya.

Sony Malaysia akan terus memantau keadaan dengan teliti untuk memastikan kesejahteraan pekerja dan pelanggannya.

“Kami memohon semua orang untuk mengikuti langkah-langkah kesihatan yang selamat seperti yang digariskan oleh KKM.

“Bersenam secara fizikal, pakai topeng, bersihkan tangan dengan kerap untuk melindungi diri kita, keluarga dan rakan, masyarakat dan negara,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here