INDUSTRI optometri dibenarkan beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan kini membenarkan industri itu beroperasi ketika PKP kerana ia adalah antara sektor keperluan.
“Ya, optometri kini dibenarkan beroperasi.
“Dan ya, ia (optometri) memang keperluan,” katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan media berhubung isu rungutan pemain industri optometri yang mahu ia di senarai sebagai industri penting.
Ramai yang berpendapat optometri adalah keperluan kerana cermin mata barang penting untuk kegunaan harian kebanyakan individu yang mempunyai masalah penglihatan. -Malaysiapost

