Muhammad Mustakim Ramli
JUMLAH kes harian Covid-19 dalam negara sekali lagi mencatatkan rekod baharu bilangan kes tertinggi apabila sebanyak 3,337 kes dilaporkan hari ini.
Bilangan kes tertinggi itu mengatasi jumlah kes tertinggi yang direkodkan Selasa lalu iaitu 3,307 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abbdullah, berkata jumlah kes tertinggi hari ini itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 147,855 kes.’
Katanya, daripada jumlah itu Selangor merekodkan bilangan kes tertinggi dengan 1,036 kes dan diikuti Johor dengan 460 kes.
“Dukacita dimakumkan terdapat 15 kematian hari ini, di mana jumlah kematian akibat Covid-19 dalam negara adalah 578.
“Dalam pada itu, jumlah kes aktif setakat ini adalah 32,377 kes, di mana 195 kes membabitkan unit rawatan rapi termasuk 86 kes yang memerlukan bantuan penafasan,” katanya.
Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan terdapat 1,710 kes sembuh direkodkan hari ini dengan menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini adalah 113,288 kes.-Malaysiapost

