Seluruh penduduk sebuah kampung dikenakan ujian Covid

0
1

SELURUH penduduk di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini.

Ia berikutan seluruh penduduk kampung tersebut dikhuatiri terdedah kepada risiko jangkitan selepas beberapa orang penduduknya didapati positif.

Seorang penduduk mahu yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an, berkata, mereka diarahkan berbuat demikian hari ini dan ujian itu dibuat oleh petugas kesihatan di sebuah surau berdekatan.

“Saya difahamkan ujian ini disarankan oleh pihak berwajib selepas beberapa orang perantau yang pulang ke kampung ini didapati positif.

“Jadi hari ini penduduk secara sukarela tampil untuk buat ujian saringan,” katanya ketika seperti dilapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, penduduk terbabit berkata, mereka bimbang dengan penularan Covid-19 di kampung tersebut susulan ‘pembawa’ dikatakan berada di banyak lokasi sepanjang pulang ke kampung.

“Sebagai penduduk, semestinya menjadi kebimbangan dan penduduk mengambil tanggungjawab untuk jalani ujian saringan.

“Selain penduduk di sini, ada juga penduduk dari kampung berhampiran untuk turut sama lakukan ujian dan ada juga yang buat saringan lebih awal di klinik dan hospital,” katanya.

Viral gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan penduduk kampung tersebut sedang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan.

Sebagai rekod Kelantan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak dua minggu lalu dengan kes positif keseluruhan berjumlah 1,565.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan, Dr Zaini Husin mengesahkan pihaknya menjalankan ujian saringan di Kampung Chedok.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat terperinci yang dapat dikongsikan buat masa ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here