Cap daging ‘Harimau Menangis’ belum diluluskan – MyIPO

0
2

PERMOHONAN cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih di peringkat pemeriksaan dan belum diluluskan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan bagi mendaftarkan jenama itu baru diterima MyIPO pada November tahun lalu dan masih di peringkat pemeriksaan.

“Permohonan itu sama ada diluluskan atau tidak, bergantung hasil pemeriksaan dan pertimbangan Myipo.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, permohonan itu akan diproses seperti biasa dan sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai nama produk ‘Harimau Menangis’ keluaran syarikat Noor Kartini yang mendakwa jenama itu didaftarkan dan mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu yang juga ibu selebriti Neelofa, mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama masakan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here