JUARA 12 kali, Manchester United diundi berdepan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA, manakala pasukan League Two Cheltenham bertemu Manchester City.
Liverpool dan United akan bertembung dua minggu berturut-turut termasuk aksi dua pasukan teratas dalam saingan Liga Perdana, Ahad ini, lapor AFP.
Kelab Liga Nasional Chorley yang menewaskan Derby akan bertemu kelab Liga Perdana Wolves.
“Itu yang kami mahukan, lawan dari Liga Perdana, bagus. Ada sejarah kerana pada tahun 1986, Chorley menentang Wolves di laman sendiri dan menewaskan mereka 3-0.
“Jadi kami perlu melakukannya sekali lagi,” kata pengendali Chorley Jamie Vermiglio.
Sekiranya Chorley mampu melakukan kejutan, mereka berpeluang bertemu juara bertahan, Arsenal di pusingan kelima, sekiranya skuad kendalian Mikel Arteta melepasi pusingan keempat bertemu pemenang antara Southampton dan Shrewsbury.
Crawley, yang mengejutkan Leeds 3-0 di pusingan ketiga, bertandang ke Bournemouth.
Pusingan keempat akan berlangsung dari 22-25 Januari dan pusingan kelima pada 9-11 Februari.
Pusingan keempat Piala FA
Manchester United lawan Liverpool
Cheltenham lawan Manchester City
Bournemouth lawan Crawley
Swansea lawan Nottingham Forest
Southampton/Shrewsbury lawan Arsenal
Barnsley lawan Norwich
Chorley lawan Wolves
Millwall lawan Bristol City
Brighton lawan Blackpool
Wycombe lawan Tottenham
Fulham lawan Burnley
Sheffield United lawan Plymouth
Chelsea lawan Luton
West Ham lawan Doncaster
Brentford lawan Leicester
Everton lawan Sheffield Wednesday

