KERAJAAN melarang aktiviti berbasikal secara berkumpulan.

0
2

Walau bagaimanapun, aktiviti tersebut dibenarkan untuk seorang sahaja, sebagai langkah kerajaan mengurangkan kadar tekanan terhadap kesihatan mental sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula tengah malam esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan, orang ramai dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja.

“Pastikan jarak anda dari orang lain adalah dua meter setiap masa. Kalau hendak berjogging, jangan lebih daripada dua orang dan kalau berbasikal, janganlah
secara berkumpulan, cukuplah seorang sahaja,” katanya dalam perutusan khas pelaksanaan PKP hari ini.

Menurutnya, bagi aktiviti keagamaan pula, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum lima orang.

“Negeri yang dikenakan
PKP pemulihan dan PKP Bersayarat, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan
bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak berkuasa agama negeri disaran untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, tempoh dua minggu yang akan datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga seluruh negara.

“Semua kebebasan yang kita korbankan ini – terputus hubungan dengan rakan-rakan, berada di dalam isolasi di rumah, dan kesukaran untuk melakukan aktiviti social di luar – akan mampu menyelamatkan
nyawa kita semua.

“Virus ini telah pun berada di dalam komuniti dan hidup
bersama kita.

“Janganlah kita merasa terlalu selesa hingga dan akhirnya mengabaikan langkah-langkah pencegahan yang begitu mudah untuk kita amalkan seperti kerap mencuci tangan dengan sabun, memakai pelitup muka dengan betul, jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here