PKP dilaksanakan semula di 6 negeri

0
3

KERAJAAN mengumumkan Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan itu bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

“Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu pertamanya, PKP dilaksanakan di enam negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua PKP Bersyarat di enam negeri termasuk Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Manakala ketiga, PKP Pemulihan di Perlis dan Sarawak,” katanya dalam Perutusan Khas Pelaksanaan PKP hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here