Apa status jangkitan Covid-19 menteri Kabinet lain? – Kit Siang

0
2

RAKYAT berhak mengetahui status jangkitan Covid-19 terhadap semua menteri Kabinet, susulan dua daripadanya telah disahkan positif.

Dua menteri yang disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di hospital adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata terdapat juga laporan media mendakwa beberapa menteri lain sudah membuat ujian saringan dan mendapat keputusan semalam.

“Malaysiakini melaporkan selepas Mustapa disahkan positif beberapa menteri sudah melakukan ujian saringan dan menerima keputusan semalam. Difahamkan beberapa orang mungkin didapati positif.

“Media itu turut melaporkan seorang menteri ketika dihubungi pagi ini, mengakui ada mendengar mengenai perkara berkenaan tetapi masih belum mengetahui siapa dalam kalangan menteri Kabinet yang disahkan positif.

“Maka rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui status jangkitan Covid-19 semua menteri Kabinet dan maklumat ini perlu diberi secepat mungkin, memandangkan keadaan defisit kepercayaan dihadapi oleh para menteri dan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dalam menguruskan wabak Covid-19 dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) atau Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli menerima keputusan positif beliau pada petang Sabtu dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Rina pula melakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya pagi semalam dan menerima keputusannya malam tadi serta kini dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak pagi tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here