Kenapa menteri masih hadir program umum selepas Tok Pa positif Covid-19?

0
4
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa menteri-menteri Kabinet masih menghadiri program umum setelah Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 semalam.

Ia disusuli Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengesahkan dijangkiti wabak berkenaan hari ini.

“KKM sepatutnya sudah klasifikasikan mereka sebagai kontak rapat yang perlu dipantau dan diberi arahan kuarantin wajib memandangkan mereka pernah hadir sebilik dengan Tok Pa dalam mesyuarat jemaah menteri beberapa hari lalu.

“Kenapa pula Rina masih boleh hadir dua program semalam?

“Sebab itu, saya rasa ia lebih selamat bagi semua menteri hentikan segala program umum mereka untuk tempoh seminggu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata semua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu diarah menjalani ujian saringan Covid-19, selepas Mustapa disahkan positif.

Ini kerana Mustapa yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Pa dilaporkan hadir mesyuarat MPT Bersatu, Rabu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here