Malaysia terima 12.8 juta dos vaksin Pfizer BioNTech bulan depan

0
2

MALAYSIA akan memperoleh vaksin sebanyak 12,799,800 dos daripada Pfizer BioNTech yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari ini.

Ia meliputi 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.

Penerimaan vaksin itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian Manufacturing & Supply Agreement (MSA) bagi pembekalan vaksin Covid-19 Pfizer BioNTech BNT1262b hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah dimeterai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba manakala Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Country Manager (Malaysia/Brunei), Luksanawan Thangpaibool secara virtual di Pejabat Menteri Kesihatan, Putrajaya.

Perjanjian yang dimeterai itu adalah untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia.

“Kerajaan juga bersetuju untuk membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b sebanyak 25 juta dos.

“Ia meliputi 39 peratus populasi penduduk Malaysia dan akan diterima sepanjang tahun 2021,” kata KKM menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here