Banjir di Perak pulih sepenuhnya hari ini

0
2

BANJIR di Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak ditutup 9 pagi tadi.

Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak, Mohd Hizaz Mohd Ibrahim, berkata semua 44 mangsa di PPS berkenaan yang dibuka sejak 4 Januari, telah dibenarkan pulang setelah keadaan di kawasan terjejas beransur pulih.

“Terima kasih kepada agensi kerajaan, tok penghulu, individu, NGO dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu serta menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang beroperasi,” katanya seperti dilapor Bernama.

Semalam media melaporkan, banjir di Perak hampir pulih apabila hanya tinggal satu PPS masih dibuka iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, di Hilir Perak.

Dewan berkenaan menempatkan 59 mangsa daripada 15 keluarga setakat jam 1 tengah hari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here