Kem Hisham nafi Menteri Luar bakal jadi TPM

0
1

Aiman Hanif

SUMBER terdekat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan khabar angin bahawa bekas Naib Presiden Umno itu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya menurut sumber, jawatan itu kemungkinan akan diberikan kepada Menteri Pertahan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tak betul itu hanya khabar, sudah banyak khabar angin sebegini sebelum ini.

“Kalau betul pun ada wakil Umno akan dilantik, pastinya menteri kanan, Ismail Sabri,” katanya kepada Malaysiapost.

Terdahulu ura-ura mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada Umno sekali lagi hangat diperkatakan, apabila sekali lagi nama Hishammuddin dan Ismail Sabri dikaitkan.

Isu berkenaan yang mula dibangkitkan beberapa bulan lalu sebelum senyap tanpa perkembangan, ia kembali hangat berikutan keputusan Umno mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu, sejak minggu lalu.

Sin Chew Daily yang memetik sumber melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan memilih sama ada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno atau Menteri Luar sebagai timbalannya.

Dalam pada itu, seorang lagi sumber terdekat dengan Hishammuddin tidak menafikan khabar angin itu, bagaimanapun mendakwa ia belum muktamad.

“Memang ada kedengaran begitu, namun ia belum muktamad. Doakan saja,” katanya ringkas.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here