Masih ramai yang ingkar

0
2
PUTRAJAYA, 8 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kerajaan setuju membenarkan pembukaan semula sektor peniagaan berkaitan sukan seperti gimnasium, dewan tertutup, kompleks sukan dan pusat snuker bermula 15 Jun ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SERAMAI 528 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tiga daripadanya turut direman.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis menahan kesemua individu terbabit atas beberapa kesalahan ingkar arahan PKP. 

“Antaranya termasuk mengunjungi pusat hiburan seramai 203 individu, tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjara kan fizikal (73) dan lain-lain dua kes.

“Daripada keseluruhan 528 individu yang ditahan itu, 525 telah dikompaun manakala tiga lagi direman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kawalan sempadan negara melalui Operasi Benteng pula berjaya menahan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga kenderaan darat.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya lorong-lorong tikus,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here