TIADA rakyat Malaysia dilaporkan menaiki pesawat Sriwijaya Air yang dikhuatiri terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia di dalam pesawat berkenaan.
Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, jam 2.36 petang tadi waktu Indonesia Barat.
Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur. – Malaysiapost

