
PENEROKA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari 11 wilayah berjaya mengumpul lebih RM3 juta bagi tujuan sedekah.
Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua wang kutipan itu akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam setiap negeri di kawasan Felda berkenaan.
“Lebih RM3 juta kita dapat kutip dari peneroka FELDA dan duit ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
“Peneroka sekarang sudah menjadi masyarakat pemberi. Alhamdulillah, semoga mereka sentiasa diberkati Allah,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.
Ahli Parlimen Besut itu turut berkongsi jumlah kutipan yang dikumpul dengan Johor Bahru membuat kutipan tertinggi iaitu RM1.1 juta. – Malaysiapost
