Covid-19: PKRC Maeps tak terurus tak benar

0
2
KUALA LUMPUR, 23 Julai -- Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof (kanan) pada sidang media selepas lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat MARA, hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

DAKWAAN pihak tertentu kononnya Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor tidak terurus adalah tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata masih ada banyak ruang yang mampu memuatkan pesakit positif Covid-19 tidak bergejala berikutan hanya ada kira-kira 6,000 pesakit sekarang berbanding kemampuan sebenarnya menampung 8,028 pesakit.

Katanya, sudah lumrah berlaku apabila tempat yang penuh sesak dengan orang ramai, keadaan akan menjadi kurang teratur tetapi ia tidak mencapai tahap serius seperti yang tular dalam laman sosial kononnya pusat itu menjadi kelam-kabut sekarang.

“MAEPS mampu menampung 8,028 pesakit positif tetapi tidak bergejala dan sudah semestinya apabila sudah ramai pesakit, bermacam-macam kerenah dalam kalangan mereka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk mengasing dan mengkuarantin pesakit Covid-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan di rumah memandangkan kemudahan kesihatan sedia ada semakin terhad susulan peningkatan kes harian yang tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 22,089 kes yang menghampiri kapasiti maksimum KKM iaitu sebanyak 23,000 kes untuk ditempatkan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here