Polis siasat trafik tumbuk penunggang motosikal

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

POLIS mengesahkan menyiasat insiden seorang anggota trafik menumbuk penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata tindakan akan diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati bersalah.

“Pendirian kami adalah tegas dan konsisten di mana apa sahaja salah laku pegawai dan anggota akan disiasat,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasat awal mendapati kejadian berlaku antara jam 8 hingga 9 pagi dalam operasi sekatan jalan raya.

Katanya, dalam kejadian itu motosikal yang ditunggang sepasang suami isteri warga tempatan cuba melarikan diri.

“Ketika itu penunggang berkenaan melanggar kaki salah seorang anggota trafik yang bertugas.

“Bagaimanapun, dia ditahan oleh anggota lain dan penunggang berkenaan dikenakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal; tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan selain itu semakan mendapati mempunyai 58 saman kesalahan trafik,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini penunggang berkenaan belum tampil membuat laporan berhubung isu yang tular berkenaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here