Ebit Lew sumbang 100 kerusi roda dan raikan ‘frontliner’ hospital

0
3

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew terus mencuri tumpuan rakyat Malaysia melalui kerja-kerja kebajikannya.

Terbaru, Ebit menyumbang sebanyak 100 biji kerusi roda dan 1,000 bungkusan KFC untuk kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Permai Johor Bahru.

Menerusi hantaran terkini di Facebook, Ebit yang sebelum itu menjayakan misi bantuan banjir di Pahang, telah sampai di Johor Bahru jam 10 malam tadi.

“Alhamdulillah malam tadi 10 malam sampai Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dari banjir Pahang.

“Saya hadiahkan 100 biji kerusi roda dan 1000 pax KFC untuk kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Permai JB,” tulisnya.

Ebit juga memberitahu, semasa tiba, orang ramai sudah menunggunya dan beliau memberi kata semangat dan berdoa untuk petugas barisan hadapan di kedua-dua hospital berkenaan.

“Masa beri nasihat lihat wajah mereka sebak. Kasihan melihat kepenatan mereka. Mereka bekerja siang malam.

“Dah setahun kerja mereka bertambah-tambah dari biasa. Pasti diberi ganjaran besar di akhirat. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here