Bakal suami Sakinah positif Covid-19

0
2

BAKAL suami pelakon, Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

“Banyak rasa cinta buat lelaki ini. Semoga anda segera pulih selepas disahkan positif Covid. Terus kuat dengan makanan sihat anda,” katanya yang turut berkongsi paparan skrin panggilan video dengan lelaki berkenaan.

Difahamkan, Michael kini berada di Sweden selepas pulang menyambut Krismas, baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi Instagram Story, Sakinah turut berkongsikan rakaman video teman lelakinya sedang memasak walaupun dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini pada 18 Disember lalu, Sakinah mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya dengan Michael 25 Mei depan.

Sakinah bagaimanapun berkata, setakat ini dia tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here