Saya tidak akan berputus asa – Annuar Musa

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak akan berputus asa merapatkan antara yang bertelagah.

Katanya, beliau yakin ramai akan memahami pendirian yang dilakukannya selama ini.

“Mereka mungkin tidak selesa dengan pendirian saya namun saya yakin ramai yang lama kelamaan akan mula memahami.

“Saya tidak akan berputus asa merapatkan antara yang bertelagah..menjadi jambatan antara dua jurang serta supaya pemimpin melayu bersatu membela kepentingan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran yang berbeza, Annur berkata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kononnya penolakan Bersatu oleh Umno kerana keengganan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggugurkan kes kluster mahkamah.

“Aduh, saya tidak fikir begitu.Rakyat memahami campurtangan kerajaan dalam hal mahkamah dan judiciary tidak harus berlaku.

“Umno menghormati ‘rule of law’ dan prinsip ‘separation of power’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata sesiapa sahaja boleh membuang beliau tetapi tidak boleh membuang pemikiran beliau.

“Mereka boleh membuang saya,asalkan mereka tidak membuang pemikiran saya bahawa orang Melayu perlu bersatu, parti parti Melayu berpadu.

“Dan saya mahu Umno memimpin penyatuan dan menunjangi permuafakatan nasional,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here