‘Annuar bebankan parti’ – Nazri

0
2

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan keputusan menggantikan Tan Sri Annuar Musa adalah kerana beliau membebankan parti.

Katanya, pengguguran Annuar sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional itu bukan dilakukan sewenang-wenangnya.

“Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima maklum balas daripada akar umbi.

“Kebanyakannya tidak berpuas hati dengan Annuar, yang telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepimpinan,” katanya seperti dilapor The Vibes.

Nazri menjelaskan, Ahli Parlimen Ketereh itu tidak seharusnya membuat kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati ahli-ahli Umno.

“Dia dilihat lebih banyak menyerang Umno daripada parti lain. Seharusnya Annuar melakukan tugasnya dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak perlu; itu bukan tugasnya.

“Dia telah menjadi beban kepada Umno. Saya juga pernah digugurkan, apa masalahnya? Relakslah. Kita perlu menerimanya, tidak perlu marah-marah kerana akhirnya parti lebih utama.

“Jawatan merupakan tanggungjawab yang diberikan kepada kita, bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Kita perlu laksanakan tugas kita,” katanya.

Sebelum ini Nazri digantikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung setelah parti komponen BN, MCA dan MIC mendakwa bahawa pelantikannya pada September 2018 tidak sesuai dengan perlembagaan gabungan itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here