Nurul Huda Abhar
MAKLUMAT mengenai Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan berlangsung 8 Januari pada jam 4 petang, adalah palsu.
Perutusan tersebut kononnya bagi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri berikutan peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak.
Sehingga jam 12 tengah hari semalam, jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 mencecah 2,593 kes dan ianya adalah jangkitan paling tinggi yang pernah direkodkan.
Hari ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.
Penafian tersebut susulan berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.
MKN menegaskan kenyataan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai berhenti berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. -Malaysiapost

