84 logo halal seluruh dunia yang diiktiraf Jakim

0
2

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf sebanyak 84 logo halal daripada 46 negara di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata jumlah logo yang diiktiraf itu adalah sehingga Disember lalu.

“Sehingga 1 Disember 2020, Jakim sudah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia.

“Dengan adanya senarai logo halal ini pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf Jakim pada produk import yang dijual di pasaran.

“Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia sama ada mempunyai sijil halal yang diiktiraf atau tidak sekali gus dapat mengelakkan kerugian dan keraguan,” katanya melalui hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara juga boleh menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal berkenaan untuk dijadikan rujukan di negara yang akan dikunjungi.

“Pengguna boleh muat turun dalam format pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here