MKN nafi PKP akan dilaksana

0
2

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan kenyataan bertulis yang tular di media sosial yang mendakwa bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia, MKN menegaskan bahawa kenyataan itu adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan berhenti daripada berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kembimbangan dan keresahan dalam masyarakat,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini tular di media sosial kerajaan akan melaksanakan PKP dibeberapa negeri yang mencatakan bilangan kes tertinggi Covid-19.

Antara negeri itu adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here