GOSIP perpindahan keluar masuk pemain Liga Malaysia (Liga M) bertiup kencang apabila dikhabarkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya menandatangani khidmat pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh.
Malah, khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan laman Facebook bola sepak itu turut mendakwa terdapat persetujuan antara KDA FC dengan Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bersepakat untuk melakukan pertukaran pemain secara pinjaman selama semusim.
Pertukaran itu didakwa membabitkan bekas pemain import Kedah, Liridon Krasniqi yang juga dikenali sebagai Mat Don akan dipinjamkan ke Kedah, manakala Mohamadou Sumareh pula akan dipinjamkan ke JDT.
Setakat ini belum dapat dipastikan kesahihan gosip perpindahan ini.
Semakan Malaysiapost di media sosial JDT tidak kelihatan Liridron dalam sesi latihan pertama pasukan utama JDT.
Manakala di Istagram pemain itu juga kali terakhir memuatnaik gambar berada di Albania bersama keluarganya pada penghujung tahun lalu.
Sumaresh pula sehingga hari ini belum mendedahkan kelab yang bakal disertainya selepas dilepaskan kelab Thailand, Police Tero.-Malaysiapost

