Dulu SD palsu, sekarang tulen? – Puad

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan Tan Sri Annuar Musa mendesak Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan supaya membuat laporan polis berkenaan surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ramai pihak tidak mengetahui bahawa Annuar mendesak Ahmad yang kononnya surat bagi menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri adalah rekaan presiden PKR itu.

“Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut ‘game plan’ (Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri) Hamzah Zainuddin. Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula?

“Sebab itu slogan ‘No Anwar No DAP’ bukan punca dia dipecat. Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Annuar mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi Umno.

Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.

Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Sementara itu Puad turut mempersoalkan tindakan Annuar membuat sidang media susulan perlantikan Ahmad sebagai Setiausaha Agung Umno yang baharu bgai menggantikan tempatnya sebelum ini.

“Dia bukan dipecat. Cuma diganti oleh Ahmad Maslan. Itu jawatan dilantik. Memang boleh ditukar.

“Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) pernah dugugurkan sebagai Setiausaha Agung BN. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ku Nan tidak pun buat sidang media membelasah Presiden parti.

“Ahmad Maslan pernah jadi Ketua Penerangan Umno. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ahmad Maslan tidak pun buat PC(sidang media) belasah (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here