Kelonggaran rentas negeri punca peningkatan kes Covid-19

0
3

KELONGGARAN merentas sempadan yang dibenarkan pada 7 Disember lalu telah menjadi punca peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, peningkatan kes positif dijangka terus berlaku sehingga dua minggu lagi selepas sambutan Tahun Baru Cina.

“Walaupun rakyat diseru mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kita lihat ada pertambahan kes sejak 31 Disember lalu,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkaji semula strategi yang dilaksanakan sejak 14 Oktober lalu itu.

“Memang membimbangkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan trend terkini peningkatan kes walaupun kita mampu mengelak lonjakan sehingga 4 juta kes, tetapi tidak berjaya menurunkan R-naught (Rt) kepada 0.5,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kedudukan Rt pada nilai 1.1, 1.2 dan lebih memerlukan strategi baharu diambil.

“Kita sedang berbincang dengan MKN dan berharap agar ia dapat diputuskan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KKM akan mengambil kira keadaan jangkitan semasa mengikut negeri serta melindungi kumpulan rentan dan negeri yang dikategorikan sebagai hijau seperti Sarawak dan Perlis.

Katanya, ia lebih kepada pendekatan bersasar berbanding dengan implementasi di seluruh negara seperti yang dilakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here