TNB sisasat kes lelaki maut terkena renjatan elektrik

0
2

TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan menyiasat punca seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di depan rumahnya di Kampung Paya Kechik, Temerloh petang semalam.

Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad, berkata pegawainya sudah dihantar ke tempat kejadian bagi menyiasat kes itu.

Katanya, siasatan membabitkan banyak faktor terutama ketika kemalangan kawasan rumah mangsa ditenggelami banjir besar, mangsa juga dikatakan menyentuh tiang besi sebelum mengalami renjatan elektrik.

“Pegawai bahagian keselamatan TNB Pahang bersama pegawai Suruhanjaya Tenaga (ST) sudah ke tempat kejadian hari ini bagi menyiasat punca kejadian yang berlaku petang semalam, bot gentian kaca terpaksa digunakan untuk sampai ke Kampung Paya Kechik yang kini ditenggelami banjir.

“Saya jangkakan keputusan siasatan hanya akan dapat diketahui dalam masa sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya.

Dalam kejadian itu, Isyraf Muhammad, 41 maut dipercayai mengalami renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di depan rumahnya di Kampung Paya Kechik dekat sini, petang semalam.

Ibu mangsa yang berada berhampiran bergegas cuba membantu tetapi terpelanting ke belakang. Dia kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Baderul Sham berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak cuba menghampiri punca bekalan elektrik dan tiang elektrik terutama ketika banjir.

Katanya, walaupun kejadian renjatan elektrik amat jarang berlaku pada musim tengkujuh, namun ia tidak mustahil berlaku disebabkan pelbagai faktor.

“Pada musim banjir sekarang saya menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati, sekiranya berpindah pastikan tutup semua suis serta matikan bekalan elektrik di rumah

“Kita tidak ingin melihat kemalangan jiwa berlaku setiap kali banjir di negeri ini,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here