Bersatu bincang hubungan dengan Umno malam ini

0
1

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membincangkan mengenai hubungan dengan Umno pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Bersatu malam ini.

Ahli MT Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, kedudukan kerjasama antara dua parti itu akan diuruskan pada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apa juga keputusan hasil mesyuarat terutama berkaitan cadangan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu akan diumumkan malam ini.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan perwakilan parti Umno menolak kerjasama dengan Bersatu, tetapi saya tegaskan penolakan itu bakal menyaksikan berlaku perpecahan di kalangan Melayu dan umat Islam,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Razali yang juga Timbalan Majlis Senator Malaysia (MSM) berkata, walaupun jika Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu ia tidak menjelaskan persiapan parti berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) biarpun akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

“Pucuk pimpinan tertinggi Umno juga perlu meneliti semula penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang dipersetujui tiga Presiden parti itu PAS, Umno dan Bersatu,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here