Video tular: Bukan buang sampah tapi buang saka

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

TINDAKAN seorang wanita yang dipercayai membaling sampah ke dalam sungai di Kelantan sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terjawab apabila ia didakwa membuang saka.

Menerusi perkongsian tangkap layar dari individu bernama azmozal di Twitter, keluarga wanita itu mendakwa disuruh oleh perawat tradisional membuang barang saka berkenaan di sungai itu.

“Sebenarnya mereka baru balik dari berubat di Kuala Krai. Pihak mereka disuruh oleh perawat tradisional supaya membuang barang saka itu ke dalam arus sungai mengalir.

“Jadi itu sebabnya mereka membuang bungkusan itu ke dalam sungai,” katanya.

Menerusi tangkap layar yang sama, pihak terbabit meminta orang ramai berhenti dari menyebar dan memaki keluarga berkenaan.

“Kasihani mereka daripada viral kes itu menyebabkan pesakit tu menangis dan kemurungan. Harap kita faham situasi mereka,” katanya.

Semalam, video berdurasi 20 saat itu tular dan mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan individu berkenaan tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here