Jawatan digugurkan: It’s ok – Annuar Musa

0
3

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menerima keputusan digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), hari ini.

“It’s ok,” katanya ringkas kepada Malaysiapost selepas ditanya mengenai keputusan parti berkenaan.

Terdahulu, jawatan Setiausaha Agung BN yang disandang Annuar dilaporkan diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Maslan.

Perkara itu disahkan salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Beliau (Annuar) bukan dipecat tetapi diambil alih Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang juga jadi Setiausaha Agung bersama MN (Muafakat Nasional),” katanya.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam pertemuan khas Ketua Bahagian Umno yang akan diadakan di ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn, hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here