Covid-19: Harris Anuar positif selepas pulang dari Langkawi

0
2

PELAKON Lelaki Kiriman Tuhan, Harris Anuar dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Pulau Langkawi.

Harris atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar, 28, menerusi Instagram miliknya mengesahkan dijangkiti selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik di Shah Alam, semalam.

Beliau memaklumkan akan membuat saringan kedua hari ini dan menjalani kuarantin di rumah selain menyaran kontak rapat yang bertemu dengannya bagi melakukan perkara sama.

“Siapa-siapa yang kontak rapat dengan saya selama dua minggu yang terakhir boleh menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan.

“Setakat ni saya masih menunggu panggilan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Malaysiapost

https://www.instagram.com/p/CJmi-b3Fhoi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here