i-Sinar atau i-kecewa?, soal Pemuda Umno

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

PERGERAKAN Pemuda Umno Malaysia mendakwa banyak menerima keluhan rakyat yang hampa kerana permohonan ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya hairan dengan janji KWSP dan kerajaan yang sebelum ini akan mempermudahkan urusan rakyat untuk mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri.

“i-Sinar atau i-kecewa?, Di mana janji kerajaan yang memberi jaminan bahawa isu KWSP tanpa syarat/kriteria masih boleh dirundingi ketika mahu bajet diluluskan di Parlimen tempoh hari?

“Rakyat tidak akan marah dan menuntut jika bukan kerana situasi mendesak ketika ini tatkala Pandemik Covid-19 yang benar-benar memberi kesan terhadap kelangsungan hidup mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Pemuda Umno mendesak KWSP tampil segera beri penjelasan mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, orang ramai boleh menyemak status permohonan skim pengeluaran i-Sinar KWSP mulai malam tadi.

Sebelum ini, KWSP menyatakan status permohanan pencarum bagi kategori pertama sama ada diluluskan atau tidak hanya boleh dibuat pada 4 Januari.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here