BAHAGIAN Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), ibu pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Presint 3, Putrajaya akan ditutup selama dua hari, mulai esok.
Menurut Unit Komunikasi Korporat BHEUU, Jabatan Perdana Menteri itu memaklumkan, jabatan berkenaan ditutup pada 4 dan 5 Januari ini bagi kerja sanitasi dan disinfeksi.
“Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi ini dilakukan demi menjaga kesihatan dan keselamatan semua kakitangan dan orang awam yang berurusan dengan semua bahagian itu dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, semua perkhidmatan dan temujanji secara bersemuka di BHEUU, JBG dan MdI ditangguhkan sehingga dibuka dan beroperasi semula pada 6 Januari ini. – Malaysiapost

