Covid-19: 1,704 kes baharu, 11 kematian direkodkan hari ini

0
2

Nilam Oshman

KES harian positif Covid-19 merekodkan 1,704 kes baharu hari ini, iaitu 1,699 kes tempatan dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat pertambahan 11 kes kematian melibatkan warganegara hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 494 kes.

Menurutnya, keseluruhan kes kumulatif bagi positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 119,077 kes dengan kes aktif 21,365 kes.

Katanya, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 673 kes.

“Daripada jumlah itu, 509 kes adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Sabah 316 kes dan Johor 179 kes.

“Sebanyak 74 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes) dan Kluster Tembok Choh (5 kes).

“Manakala Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes) dan Kluster Kolam Air (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 124 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here