Dua mukim dalam daerah Kota Bharu kena PKPB

0
2

Nilam Oshman

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Peringat dan Mukim Kota dan Daerah Kota Bharu, Kelantan dikuatkuasakan mulai esok hingga 17 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan, berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di daerah itu.

Sehingga kini, katanya, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di dua mukim berkenaan.

“Dua mukim ini telah menyumbangkan kes tertinggi di daerah Kota Bharu yang melibatkan dua kluster utama iaitu Kluster Halban dan Kluster Pintu Geng.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB di kawasan tersebut bermula 4 sehingga 17 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PKPB itu bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar, di samping untuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di kedua mukim itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here