Nilam Oshman
PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan, Daerah Hilir Perak tamat berkuatkuasa hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD kawasan itu sebelum ini dijadualkan tamat 14 Januari ini.
Ini berikutan kes positif harian di depot tahanan itu menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah selesai melaksanakan ujian saringan ke atas semua tahanan dan kakitangan.
“Atas nasihat itu, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Daerah Hilir Perak pada hari ini, iaitu 3 Januari 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan. – Malaysiapost.

