Muhammad Mustakim Ramli
MENGECEWAKAN. Itu reaksi pihak pengurusan Tasoh Lake Resort TasikKu, Perlis selepas pengunjung merosakkan tarikan terbaharu di kawasan berkenaan.
Menerusi perkongsian di Facebook, tarikan Bunga Tulip dirosakkan ketika segelintir pengunjung bergambar dengan ‘tidur’ di celahan bunga hiasan berkenaan.
“Bunga Tulip cantik… kan? lampu malam lagi cantik juga… kan? pihak TasikKu harap pengunjung-pengunjung sayangkan barang hiasan cantik ni.
“Jangan pijak, jangan duduk, jangan tidur atas semua bunga-bunga tu dan jangan cuba cabut juga… rasa sakit-hati.
“Terima Kasih semua yang ‘sharekan’ gambar cantik, ribuan terima kasih kepada semua yang jaga harta hiasan TasikKu,” katanya.
Sementara itu, rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan segelintir pengunjung yang dianggap tidak peka.
“Buatlah macam mana pun, tak akan memuaskan hati semua orang. Tetap akan berlaku juga sebab mentaliti kelas beruk. Alahhh sikit ja bukan nak rosak pun,” kata Zam Cem.
“Ni org panggil beruk dapat bunga,” kata Bro Zane. – Malaysiapost

