275 mangsa banjir di Johor Bahru dipindah ke pusat pemindahan

0
2

HUJAN lebat berterusan sejak awal semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Johor Bahru, mengakibatkan 275 mangsa daripada 66 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata sehingga jam 8 pagi ini, hanya satu daerah iaitu Johor Bahru yang terjejas akibat banjir kilat.

Katanya, hujan lebat lebih lapan jam serta pertembungan air laut pasang menjadi punca banjir kilat.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai yang dibuka pada jam 2 petang semalam, kini menempatkan 90 mangsa daripada 23 keluarga.

“Kawasan yang terjejas meliputi Kampung Laut Batu 10, Skudai.

“Malam tadi, berikutan jumlah mangsa yang ramai ditempatkan di PPS Sekolah Agama Kampung Cahaya Baru, Masai, mereka pindahkan ke PPS lain.

“PPS itu adalah Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai, yang dibuka jam 9 malam tadi, menempatkan 185 mangsa daripada 43 keluarga,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, kawasan yang terjejas di Masai itu meliputi Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai, Johor Bahru. – Malaysiapost

Foto: FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here