Agong, Raja Permaisuri doa kesembuhan Nur Izzah

0
1

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan Nur Izzah Mohd Shokri dikurniakan kesembuhan segera dan kembali pulih seperti sedia kala.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih atas musibah menimpa Nur Izzah dan berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan ini, menurut kenyataan Istana Negara.

Nur Izzah, dari Karak, Pahang, kini berada dalam keadaan koma dan menjalani rawatan di Salford Royal Hospital, England setelah menjalani pembedahan.

Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan tulang rusuk.

Nur Izzah, 20, dikejarkan ke hospital tersebut setelah dirempuh bas semasa berbasikal di Wilmslow Rd, Rusholme, selatan Manchester pada 28 Disember.

“Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here