Najib ‘troll’ Khalid di hari pertama tahun baru

0
2

PAKATAN Harapan (PH) dicadang agar menggunakan ‘formula’ untuk tidak membawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkempen pada pilihan raya akan datang bagi membuang ‘badi kekalahan’. 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana setiap kali Khalid turun berkempen pasti  PH akan kalah dalam pilihan raya termasuklah di PRK Slim.

Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis berkata, PKR tidak sepatutnya menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tumbang dengan dasyatnya  pada PRK Slim. 

“Hari pertama tahun 2021 ini, saya nak ‘bekap’ Tun Mahathir. PKR tak patut salahkan Tun M sebab pokok PETAI tumbang dengan dasyatnya di PRK Slim.

“Saya rasa ada kemungkinan mereka tumbang sebab Lid  (khalid) “bantu” kempen di PRK Slim. Jika dia tak turun ke sana, ada kemungkinan PETAI (Pejuang) menang besar, “katanya dalam hantaran di Facebook. 

Najib berkata, ini terbukti apabila banyak PRK yang disertai Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), PH pasti kalah. 

“Lid kempen di Cameron Highlands, PH kalah. Begitu juga apabila Lid bantu kempen di Rantau, Semenyih, Tanjung Piai dan Kimanis. Semua PH kalah.

“Hari itu, Lid juga bantu kempen untuk calon PAN di PRN Sabah. Akibatnya, calon PAN kalah teruk.

“Cuba larangkan dia “bantu” kempen jika ada lagi PRK pada hari nanti. Silap-silap PH menang nanti kot, ” katanya.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa boleh menarik sokongan orang Melayu kepada pembangkang. 

Katanya, jika perkara itu benar namun mengapa undi Melayu tidak menyokong calon pilihan bekas perdana menteri itu di kerusi majoriti Melayu dalam PRK Slim. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here