CEO MAIWP bakal KP Jakim?

0
2

Aiman Hanif

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Akbar Samon disebut sebagai calon yang hampir pasti untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut sumber, lapan individu telah dipanggil untuk ditemuduga jawatan itu pada 30 Disember lalu bagi dipilih menduduki kerusi berkenaan.

“Kalau ikut tradisi sebelum ini jawatan Ketua Pengarah Jakim akan diisi oleh timbalannya ataupun orang dalaman Jakim sendiri.

“Namun, kali ini agak berbeza. Menteri dijangka akan memilih individu yang sebulu dengannya.

“Individu yang paling hampir kerana hubungan baik dengan menteri ialah, Akbar. Beliau kini dalam senarai utama untuk dilantik ke jawatan itu,” katanya kepada Malaysiapost.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 8 Oktober lalu.

Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam kenyataan berkata, Allahyarham Paimuzi, 59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Sebelum itu, Jakim dalam satu kenyataan memaklumkan Paimuzi bebas daripada wabak Covid-19.

Menurut Jakim, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusannya negatif.

Sehingga kini Jakim belum melantik ketua pengarahnya yang baru ketika badan itu terpalit dengan isu kartel daging haram.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Aziz Jusoh yang berdepan masalah kesihatan bakal bersara Februari tahun depan.

Begitu juga dengan Timbalan Ketua Pengarah 2 Jakim, Hakimah Yusof yang bagi menjalani pembedahan tulang belakang dan masih bercuti.

“Dato Dr Sirajuddin Suhaimi dilihat individu dalam Jakim yang boleh mengisi kekosongan itu. Ada karisma sebagai pemimpin. Boleh berbahasa Arab dan English dgn baik.

“Beliau banyak jaringan antarabangsa, namun menteri dilihat tidak menggemarinya dan peluang agak tipis untuk diangkat sebagai Ketua Pengarah Jakim,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here