Perjanjian HSR terbatal sendiri, Malaysia-Singapura gagal capai persetujuan

0
2

MALAYSIA dan Singapura mengumumkan perjanjian Projek Kereta Api Laju ( HSR) babitkan kedua-dua negara terbatal selepas cadangan perubahan kontrak gagal dipersetujui sehingga tamat tempoh tengah malam tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya di Singapura, Lee Hsien Loong, melalui kenyataan bersama sebentar tadi memaklumkan cadangan perubahan itu dikemukakan Malaysia susulan impak Covid-19 dan kedua-dua negara sudah pun mengadakan beberapa rundingan, namun tiada persetujuan dicapai.

Dengan itu, katanya perjanjian HSR tamat tempoh pada 31 Disember 2020.

“Kedua-dua negara akan patuh kepada tanggungjawab masing-masing dan akan meneruskan tindakan sewajarnya, akibat penamatan perjanjian HSR ini.

“Kedua-dua negara terus komited untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik dan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang,” kata kenyataan itu.

Pada September 2018, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian untuk menggantung secara rasmi kerja pembinaan rel sepanjang 350 kilometer itu sehingga Mei 2020.

Susulan permintaan Malaysia menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju membayar kos menarik diri AS$15 juta kepada Singapura.

Dengan perkembangan terkini ini, Malaysia sekali lagi terpaksa membayar pampasan kepada Singapura untuk penamatan perjanjian dan kerja lapangan yang sudah dilakukan negara jiran itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here